Penerangan
4 Ogos 2025, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah bersama-sama menjayakan program ini bertempat di SJKT Ladang Bukit Asahan pada 31 Julai 2025 yang lalu bersempena aktiviti sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia (WED) 2025.
Berat keseluruhan yang terkumpul bagi sisa household e-waste (544 kg), sisa 3R (400 kg) dan sisa minyak masak terpakai (100 kg).
Selain itu, poster larangan pembakaran terbuka dan pengurusan household e-waste juga diserahkan kepada pihak sekolah.
Jabatan ini menyokong usaha pihak sekolah menyebar luas ke arah kelestarian alam sekitar.
#KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama