Penerangan
4 Ogos 2025, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menjayakan dan merasmikan Program Hari Alam Sekitar Peringkat Sekolah 2025 bertempat di SMK Durian Tunggal pada 25 Julai 2025 yang lalu sempena aktiviti Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia (WED) bagi Tahun 2025.
Antara aktiviti menarik yang dilaksanakan adalah perasmian Sudut “I Love Our Nature”, gimik perasmian dan penyampaian sijil Squad Kitar Semula. Kelab Pencinta Alam DUTASS sekolah ini merupakan satu platform kokurikulum yang diwujudkan bagi memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar tentang kepentingan menjaga dan memelihara alam sekitar. Selain itu, poster larangan pembakaran terbuka dan pengurusan sisa buangan elektrik dan elektronik (household e-waste) turut diserahkan kepada pihak sekolah.
#KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama