Oleh nursyuhada · 04/08/2025 · 33 paparan
22 Julai 2025, MELAKA – Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia (WED) peringkat Negeri Melaka bagi tahun 2025 bertemakan “Beat Plastic Pollution” anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dengan kerjasama Sekolah Rendah Arab (JAIM) Merlimau Pasir, Melaka telah berjaya dilaksanakan pada 21 Julai 2025, bertempat di sekolah berkenaan dan telah dirasmikan oleh Encik Rosli bin Mustafa, Pengarah JAS Melaka. Beberapa taklimat kesedaran alam sekitar yang telah disampaikan kepada guru-guru dan murid-murid daripada sekolah-sekolah sekitar daerah Jasin berkaitan Taklimat Pengurusan Buangan Elektrik dan Elektronik Dari Isi Rumah yang telah disampaikan oleh Ts. Mohd Azry Hanif bin Kamar, Pegawai Kawalan Kanan, JAS Negeri Melaka, Taklimat Promosi Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) bagi sesi 2025/2026 disampaikan oleh Encik Muhammad Faiz bin Mohd Shafie, Penolong Pegawai Kawalan Kanan, JAS Negeri Melaka dan Taklimat Pengurusan Household E-waste daripada Encik Muhammad Syukur bin Mohd Aerif, Meriahtek (M) Sdn Bhd. Antara aktiviti lain yang dijalankan semasa program adalah sesi pengumpulan buangan elektrik dan elektronik (household e-waste) (1615kg), sisa minyak masak terpakai (480kg), perasmian Laman Kitar Semula, deklamasi sajak bertemakan kelestarian alam sekitar serta sesi penyampaian hadiah Pertandingan Mewarna. Selain itu, dua (2) reruai daripada JAS Negeri Melaka dan Meriahtek (M) Sdn Bhd yang mempromosikan berkaitan kesedaran alam sekitar juga disediakan kepada peserta program dan pengunjung. Kaunter pendaftaran Rakan Alam Sekitar (RAS) juga turut dibuka semasa program berlangsung. Poster larangan pembakaran terbuka dan pengurusan household e-waste juga diberikan kepada pihak sekolah untuk disebar luas kepada semua. Jabatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Rakan Strategik Alam Sekitar iaitu pihak Sekolah Rendah Arab (JAIM) Merlimau Pasir, Melaka, Meriahtek (M) Sdn Bhd dan Evergreen Oil and Feed Sdn Bhd kerana telah memberikan kerjasama padu dalam menjayakan program ini. #JabatanAlamSekitar #JasMelaka #alamsekitartanggungjawabbersama #KementerianSumberAsliDanKelestarian
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup