Penerangan
KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA DELEGASI PUSAT PENYELIDIKAN DAN PERKHIDMATAN GOLD, RARE EARTH & MATERIAL TECHNOPRENEURSHIP (GREAT) UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN KE JAS NEGERI KELANTAN
04 Ogos 2025, Kota Bharu - Prof. Madya Dr. Noor Fazliani Binti Shoparwe, Pengarah Pusat Penyelidikan Dan Perkhidmatan Gold, Rare earth & Material Technopreneurship atau dikenali sebagai GREAT, Prof. Madya ChM Ts Dr. Abdul Hafidz bin Yusoff, Pengarah Bahagian Pengurusan Penyelidikan berserta beberapa orang pegawai dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan.
Sesi kunjungan hormat ini adalah bagi membincangkan mengenai potensi kerjasama antara GREAT dan JAS yang boleh dijalinkan bagi program komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam (CEPA) khususnya program yang berkaitan dengan unsur nadir bumi (REE). Sesi perbincangan ini dipengerusikan oleh YBrs Tuan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan, En. Wan Aminordin bin Wan Kamaruddin. Turut hadir sama di dalam sesi ini ialah YBrs. En. Mohamad Zamzani bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan.
Perbincangan juga adalah bertujuan untuk mengembangkan usaha penyelidikan yang sedang dijalankan di GREAT dan menyokong permohonan geran Dana Penyelidikan Strategic (SRF) di bawah MOSTI di Universiti Malaysia Kelantan.
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jabatanalamsekitar
#jabatanalamsekitarnegerikelantan