Penerangan
20 Mei 2025. Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah telah menghadiri Majlis Perasmian serta lawatan ke Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) ke-17 Tahun 2025 yang berlangsung di Langkawi pada 20 Mei 2025, atas jemputan rasmi daripada Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF).
Kunjungan ini diketuai oleh Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah bersama Encik Mohd Rosli bin Mohd Nor, Ketua Cawangan Langkawi dan Encik Muhammad Humaidi bin Mansor, Penolong Pengarah. Delegasi turut menghadiri LIMA ‘25: Women, Peace & Security Conference yang menekankan peranan penting wanita dalam kepimpinan dan pembangunan organisasi.
Sepanjang lawatan, delegasi menghadiri majlis perasmian pembukaan LIMA ’25 serta melawat rerurai yang menampilkan pelbagai teknologi dan inovasi terkini dalam sektor keselamatan, penguatkuasaan, maritim dan aeroangkasa.
Dengan tema “Innovate Today, Thrive Tomorrow”, pameran ini membuka peluang kepada pihak jabatan untuk menimba ilmu, memahami perkembangan industri, dan mengukuhkan jaringan strategik antara agensi serta pihak berkepentingan.