20 Mei 2025, Langkawi – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah telah menjalankan lawatan penguatkuasaan pematuhan syarat-syarat kelulusan laporan penilaian kesan alam sekeliling (EIA) ke atas projek pembangunan di kawasan Pantai Teluk Ewa. Projek tersebut tertakluk di bawah Jadual Pertama Aktiviti 12(a), Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015.
Antara perkara utama yang diberi perhatian semasa pemeriksaan dijalankan adalah pemantauan terhadap langkah-langkah kawalan pencemaran alam sekitar (Best Management Practices – BMPs) yang disediakan di tapak projek dan semakan ke atas pematuhan syarat-syarat kelulusan laporan EIA secara keseluruhannya.
Hasil penguatkuasaan tersebut, beberapa arahan telah dikeluarkan melalui field citation kepada penggerak projek bagi melaksanakan langkah-langkah pembaikan.
Para penggerak projek juga diingatkan supaya mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan dibawahnya pada sepanjang masa dan sebarang ketidakpatuhan akan diambil tindakan tegas tanpa sebarang kompromi terhadap individu atau mana-mana pihak yang terlibat dalam pelanggaran undang-undang.
Sebarang aduan orang awam berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar boleh disalurkan di talian bebas tol 1800-88-2727, emel ke
[email protected] atau ke portal aduan.