PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Kesedaran

PENGANJURAN PROGRAM KARNIVAL AIR DAN ALAM SEKITAR PERINGKAT DAERAH LANGKAWI, KEDAH

najmi 31/07/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGANJURAN PROGRAM KARNIVAL AIR DAN ALAM SEKITAR PERINGKAT DAERAH LANGKAWI, KEDAH
Tahun
2025
Organisasi
Pej Exco Alam Sekitar
Lokasi
Dataran Chenang, Langkawi

Penerangan

31 Mei 2025, Langkawi Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah telah bersama-sama memeriahkan dan menjayakan Program Karnival Air dan Alam Sekitar di Dataran Chenang, Langkawi, Kedah bermula dari 29 hingga 31 Mei 2025. Karnival tersebut telah dianjurkan oleh Pejabat Exco Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar Negeri Kedah dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan persekutuan dan negeri serta pihak berkuasa tempatan. Perasmian karnival program telah disempurnakan sendiri oleh YB Exco Tuan Haji Mohamad Yusoff @ Munir bin Haji Zakaria. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang karnival ini berlangsung adalah ceramah agama, pertandingan mewarna, pameran agensi dan aktiviti gotong royong. Program telah dimeriahkan oleh pengunjung dan penduduk setempat yang hadir menjayakan program karnival tersebut. Tuan YB Exco turut bersama-sama di bawa ke reruai pameran JAS. Aktiviti pendaftaran Rakan Alam Sekitar dan mini games kanak-kanak dibuka untuk menarik minat golongan muda dan komuniti setempat untuk berkunjung ke ruang pameran JAS. Dengan adanya program seperti ini dapat memberi kesedaran berkaitan aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar kepada masyarakat khususnya di negeri Kedah selaras dengan tema JAS 'Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama' dan hasrat kerajaan negeri iaitu "Kedah Sejahtera Lestari Bersama". Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan YB Exco selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar Negeri Kedah di atas sokongan untuk menjayakan program ini demi menjaga kesejahteraan alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan