PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

PAMERAN DAN CERAMAH ALAM SEKITAR SEMPENA PROGRAM SERVICE LEARNING MALAYSIA – UNIVERSITY FOR SOCIETY (SULAM)

najmi 31/07/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PAMERAN DAN CERAMAH ALAM SEKITAR SEMPENA PROGRAM SERVICE LEARNING MALAYSIA – UNIVERSITY FOR SOCIETY (SULAM)
Tahun
2025
Organisasi
UUM
Lokasi
Jitra

Penerangan

11 Jun 2025 – Jitra, Kedah. Pelajar kursus GMGAK2023 Dasar Awam dari Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Program Service Learning Malaysia – University For Society (SULAM) dengan kerjasama SMK Tanjung Pauh dalam usaha menyemai kesedaran alam sekitar dalam kalangan generasi muda. Program ini telah berlangsung di Dewan SMK Tanjung Pauh dan disertai 400 pelajar serta guru-guru sekolah tersebut. Program ini turut mendapat sokongan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah yang dijemput mengadakan mini pameran dan menyampaikan ceramah bertajuk “Kepentingan Penjagaan Alam Sekitar dan Inisiatif Hijau”. Penyertaan JAS sedikit sebanyak dapat memberi memberi pendedahan secara langsung mengenai isu-isu alam sekitar dan langkah-langkah proaktif yang boleh diambil. Sambutan hangat daripada para peserta membuktikan bahawa kesedaran terhadap kelestarian alam semakin subur. Program ini bukan sahaja menyemarakkan semangat cintakan alam, malah mengeratkan hubungan kerjasama antara institusi pendidikan dan agensi kerajaan dalam memelihara alam sekitar secara kolektif. Matlamat utama program adalah untuk meningkatkan kesedaran warga sekolah terhadap pentingnya penjagaan alam sekitar serta menanam rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar sebagai pemelihara bumi masa hadapan. Slogan JAS, “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”, menjadi teras kepada penyampaian mesej sepanjang program berlangsung.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan