PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Kesedaran,Pengurusan JAS

MAJLIS PELUNCURAN PROJEK KEPIMPINAN, PERUBAHAN IKLIM & TENAGA HIJAU (IKLIM) PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 2025

Arwan 30/07/2025 3 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PELUNCURAN PROJEK KEPIMPINAN, PERUBAHAN IKLIM & TENAGA HIJAU (IKLIM) PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 2025
Tahun
2025
Organisasi
DBKL
Lokasi
SMK Cochrane, Kuala Lumpur

Penerangan

17 Julai 2025, WP Kuala Lumpur – YBrs. Pengarah JAS WP Kuala Lumpur, Puan Hajah Zuraini binti Haji Ahmad Tajudin telah dijemput ke Majlis Peluncuran Projek Kepimpinan, Perubahan Iklim & Tenaga Hijau (IKLIM) Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2025. Majlis ini telah berlangsung di SMK Cochrane, Kuala Lumpur dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan). Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Parang Abai Thomas, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan serta YBhg. Encik Ganesh, Pengerusi Pertubuhan Lestari & Kebajikan Malaysia. Projek Kepimpinan, Perubahan Iklim & Tenaga Hijau (Projek IKLIM) merupakan inisiatif ilham Pertubuhan Lestari & Kebajikan Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 2024 dengan sokongan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Projek ini menumpukan kepada kepentingan perubahan iklim, pengetahuan mengenai meteorologi serta alam sekitar, dan diharapkan dapat mendidik pelajar serta menggilap bakat kepimpinan mereka. Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya rendah karbon, hijau dan berdaya tahan iklim, Pelan Tindakan Iklim Kuala Lumpur 2050 (KL CAP 2050) yang diterajui oleh DBKL turut dimasukkan sebagai salah satu komponen utama dalam program ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan