Penerangan
22 JULAI 2025, WP KUALA LUMPUR -Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) dengan kerjasama Jawatankuasa Induk Sekolah Mampan Kuala Lumpur di Bawah Projek Sekolah Mampan Local Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21KL) telah mengadakan Sesi Libat Urus Promosi Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) bertempat di Kolej Tingkatan Enam Desa Mahkota, Manjalara, Kuala Lumpur.
Sesi libat urus ini telah dihadiri oleh Puan Hajah Zuraini binti Haji Ahmad Tajudin, Pengarah JASWPKL, Prof. Dr. Ahmad Fariz bin Mohamed, Felo Penyelidik Kanan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM, Puan Norhayati binti Mat Said, Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, Encik Mohamed Reza bin Aliasad, Pegawai Pendidikan Jabatan Pendidikan WPKL dan Encik Mohd Firdaus bin Abu Hassan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Kanan Mewakili Pengarah Jabatan Perancangan Bandaraya DBKL .
Seramai 105 orang guru Sekolah Menegah dan Rendah telah menghadiri sisi taklimat ini. Puan Nor Iwani binti Basri, Ketua Unit Pengawasan dan Kesedaran telah menyampaikan taklimat berkaitan perlaksanaan dan pengisian program SLAAS. Selain daripada itu, JASWPKL turut menyediakan kemudahan pendaftaran SLAAS secara atas talian.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak DBKL, UKM, JPWPKL dan atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini.