PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Bengkel,Peralatan ICT/Teknikal

BENGKEL HANDS-ON DAN SESI PEMBELAJARAN PENGGUNAAN APLIKASI MYGEOSPAS

Arwan 30/07/2025 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
BENGKEL HANDS-ON DAN SESI PEMBELAJARAN PENGGUNAAN APLIKASI MYGEOSPAS
Tahun
2025
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL)
Lokasi
Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS)

Penerangan

16 Julai 2025, Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS)– Bengkel Hands-On dan Sesi Pembelajaran Penggunaan Aplikasi MyGeoSpAS bagi Mereka Bentuk Dashboard, Storymaps dan Survey123 anjuran Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) dengan kerjasama Seksyen Geospatial, Ibu Pejabat JAS Putrajaya telah berlangsung selama dua (2) hari pada 15 hingga 16 Julai 2025 bertempat di Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS). Program ini bertujuan untuk melahirkan pegawai yang berkemahiran dalam mereka bentuk storymaps, dashboard dan Survey123 menggunakan aplikasi MyGeoSpAS. Sesi hands-on dan pembelajaran telah dikendalikan oleh Cik Dayang Nurbaini binti Awang Bujang, Puan Siti Shahira binti Ismail dan Encik Amirul Amir bin Mohd Wazir daripada Seksyen Geospatial, Ibu Pejabat JAS Putrajaya. Program ini diharapkan dapat memberikan kefahaman yang jelas mengenai penggunaan aplikasi MyGeoSpAS dalam memperkasakan aspek pematuhan dan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) ke arah usaha memelihara dan memulihara alam sekitar negara.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan