Penerangan
Seri Iskandar, 20 Julai - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah dijemput untuk mengadakan pameran bersempena karnival Maal Hijrah yang diadakan di ruang solat terbuka di masjid berkenaan.
Seramai lebih kurang 100 orang yang hadir untuk memeriahkan karnival tersebut dengan pelbagai program diadakan seperti pertandingan kuiz kahoot bersempena Maal Hijrah dan aktiviti pameran agensi kepada orang awam.
Karnival seperti ini wajar dijadikan acara tahunan yang dianjurkan oleh pihak masjid dengan kerjasama semua pihak dan ianya boleh dijadikan platform dan membantu jabatan untuk memperkenalkan dan menambahkan keahlian Rakan Alam Sekitar.