Penerangan
KUALA SEPETANG, 12 Julai 2025 – YTL Cement Berhad telah mengadakan Program Penanaman Pokok Bakau bersama anak-anak syarikat di Negeri Perak iaitu Perak-Hanjung Simen Sdn Bhd, Associated Pan Malaysia Cement Sdn Bhd, Batu Tiga Quarry Sdn Bhd dan Eastern Pretech Malaysia Sdn Bhd. Di Matang Mangrove Eco Forest, Kuala Sepetang, Perak. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr Hj Mohammad Ezanni Bin Mat Salleh, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak.
Program ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan paya bakau ini.
Seramai 90 orang sukarelawan tergolong dari kakitangan syarikat YTL Cement Berhad serta anak syarikat, guru-guru dan pelajar dari SMK Convent Teluk Intan, pegawai- pegawai dari Jabatan Perhutanan Negeri Perak, dan pegawai-pegawai dari jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah terlibat dalam penanaman sebanyak 700 anak pokok bakau.
Jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan diatas komitmen pihak penganjur dalam melestarikan alam sekitar.
#NRES
#hariozonsedunia2025
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_julai2025
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari