Penerangan
28 Julai 2025, Wilayah Persekutuan Labuan (WPL)- JASWPL bekerjasama dengan SKPPWPL untuk menjalankan projek dokumentari pendidikan bertemakan "17 Matlamat, 1 Harapan: Transformasi Digital Kunci Kelestarian Sejagat."
Temubual dan rakaman ini menelusuri penerokaan oleh agensi kerajaan dalam aplikasi teknologi untuk pemeliharaan alam sekitar dan salah satu daripada aktiviti sekolah lestari di SKPPWPL. Temubual ini telah diadakan bersama Tuan Zulfadzli Bin Zakaria, B.C.K., MY-CISEC, Pengarah JASWPL dan beberapa pegawai JASWPL.
JASWPL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak SKPPWPL di atas aktiviti/program yang bermanfaat ini. Semoga usaha murni ini diberkati-Nya demi kelestarian alam sekitar khususnya di W.P. Labuan.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswplabuan
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaswplabuan_Julai_2025