PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Mesyuarat

MESYUARAT BAGI MEMBINCANGKAN CADANGAN LOJI BIOGAS BERPUSAT DI RIMMER PALM OIL MILL, LAHAD DATU SABAH OLEH KL KEPONG (KLK) SDN BHD

tj 28/07/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT BAGI MEMBINCANGKAN CADANGAN LOJI BIOGAS BERPUSAT DI RIMMER PALM OIL MILL, LAHAD DATU SABAH OLEH KL KEPONG (KLK) SDN BHD
Tahun
2025
Organisasi
Bahagian Penguatkuasaan, JAS Ibu Pejabat
Lokasi
Bilik Mesyuarat Teratai, JAS Ibu Pejabat & secara atas talian

Penerangan

TARIKH : 24 Julai 2025 (Khamis) MASA : 10.00 pagi - 11.00 pagi TEMPAT : Bilik Mesyuarat Teratai, JAS Ibu Pejabat & secara atas talian PENGERUSI: Tn. Hj. Rosli bin Zul, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat WAKIL JAS SABAH : 1.PP(K)FM 2.PPK(K)MSR WAKIL KL KEPONG (KLK) SDN BHD : Juruperunding GLT Design Build Sdn Bhd & Pengurus Kilang Kelapa Sawit Lungmanis. PERKARA-PERKARA YANG INGIN DIMAKLUMKAN : 1.Juruperunding telah membentangkan cadangan pembinaan loji biogas berpusat yang melibatkan dua kilang kelapa sawit iaitu Lungmanis Palm Oil Mill & Rimmer Palm Oil Mill.Permohonan ini melibatkan pemindahan 80% POME dari Lungmanis POM ke Rimmer POM dengan menggunakan paip sepanjang 8km. 2.Premis telah membentangkan cadangan pelan loji biogas ini yang akan menghasilkan lebih kurang 1200Nm³/jam biogas. 3.Tuan pengerusi meminta pihak juruperunding untuk mengemukakan justifikasi permohonan ini dari segi cost effectiveness, sensitivity kawasan persekitaran, pengawasan air dan tanah sekitar serta cara mitigasi sebarang pencemaran yang mungkin berlaku sekiranya kebocoran paip semasa pemindahan. 4.Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11pagi dan pemohon diminta mengemukakan semula permohonan dan pembentangan dgn menyertakan maklumat tambahan yang diperlukan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan