PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Mesyuarat

LAWATAN TAPAK DAN MESYUARAT LIBAT URUS BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN (STAKEHOLDER ENGAGEMENT) BAGI PELAKSANAAN MAKMAL KAJIAN NILAI (VALUE ASSESSMENT) BAGI PROJEK RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBANGAN SUNGAI TANGULAN, TUARAN, SABAH

tj 28/07/2025 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN TAPAK DAN MESYUARAT LIBAT URUS BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN (STAKEHOLDER ENGAGEMENT) BAGI PELAKSANAAN MAKMAL KAJIAN NILAI (VALUE ASSESSMENT) BAGI PROJEK RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBANGAN SUNGAI TANGULAN, TUARAN, SABAH
Tahun
2025
Organisasi
Jabatan Pengairan Malaysia
Lokasi
Beluran Hall, The Klagan Hotel, Warisan Square, Kota Kinabalu.

Penerangan

Tarikh: 21 - 22 Julai 2025 Masa: 08.30 Pagi - 05.00 Petang Tempat: Beluran Hall, The Klagan Hotel, Warisan Square, Kota Kinabalu. Anjuran : Jabatan Pengairan Malaysia Kehadiran: Ketua/Wakil Jabatan Persekutuan & Kerajaan Negeri, SE, TM, KKIP, Juruperunding JPS Malaysia dlln. Kehadiran JAS Sabah: ppkt mp Ringkasan Mesyuarat: 1.Mesyuarat dipengerusikan oleh wakil dari Kementerian Ekonomi. 2.21/7/2025 - Lawatan tapak telah dijalankan di sepanjang jajaran penambahbaikan, pengubahsuaian & pembinaan sistem perparitan/sungai JPS melibatkan antaranya laluan Pan Borneo dan Jalan Lama Telipok. 3.Tujuan projek adalah bagi menyelesaikan isu banjir di kawasan ini. Dimaklumkan banjir paling teruk pernah berlaku sekitar Oktober 2020 dengan kedalaman air lebih kurang 1.5 meter melibatkan kawasan antaranya Telipok Jaya, Telipok Ria, Rugading dan Kg. Giling. 4.Mesyuarat sesi libat urus telah diadakan pada 22/7/2025 untuk mendapatkan input dari Agensi Stakeholder yang mana utiliti mereka akan terjejas oleh projek ini dan juga bagi mendapatkan anggaran kos yang perlu ditanggung/dibayar. 5.Wakil JAS telah memberi ulasan tiada kos melibatkan Jabatan di dalam projek ini. 6.Wakil JAS juga memaklumkan mengharapkan supaya 'riparian reserve/buffer' sistem perparitan atau sungai dikekalkan (dibina) terutamanya di kawasan Kg. Giling. Tujuan bukan sahaja untuk pembinaan utiliti di masa hadapan, laluan untuk kerja-kerja penyelenggaraan tetapi juga sebagai usaha mengelakkan struktur rumah-rumah setinggan dibina di tepi sungai yang mana boleh menyumbang kepada pembuangan sampah-sarap dan plastik terus ke dalam sungai. 7.Wakil JAS juga memaklumkan mengharapkan agar lumpur/salut di Sungai di Kg. Giling boleh dibersihkan supaya air gelap di kawasan ini boleh dikurangkan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan