Penerangan
14-18 Julai 2025, Lexis Port Dickson - Bahagian Komunikasi Strategik (BKS), JAS Ibu Pejabat telah menganjurkan tiga (3) program yang melibatkan pegawai JAS Negeri dan berlangsung pada 14 hingga 18 Julai 2025 dan telah dirasmikan oleh YBrs. Hajah Azuri Azizah binti Haji Saedon, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, Jabatan Alam Sekitar Putrajaya.
Sekolah Lestari (Peranan JAS Negeri)
- promosi SLAAS kepada sekolah melalui jerayawara
- menjadi pentadbir bagi Sistem MYSLAAS
- menjadi penilai peringkat negeri
- menguruskan penilaian peringkat negeri
- menganjurkan Majlis Penganugerah Peringkat Negeri
- membantu JAS Ibu Pejabat bagi penilaian Peringkat Kebangsaan
Kampus Lestari
- mempromosi KLAAS kepada 5 kategori IPT melalui ceramah & pameran
- Promosi IPT di Sabah akan diadakan pada 11-12 Ogos 2025 & JAS HQ mohon bantuan kenderaan & urusetia
- Pendaftaran Penyertaan KLAAS akan dibuka pada 30 November 2025 dan ditutup pada 31 Disember 2026
Mesyuarat CEPA
- JAS Sabah telah mohon VR tambahan daripada JAS HQ memandangkan penggunaan aktif di Sabah termasuk di JAS Cawangan - JAS HQ maklumkan rekod penggunaan JAS Sabah memang sangat aktif dan akan usahakan perolehan utk JAS Cawangan di Sabah
- Pengerusi mohon JAS Negeri lain untuk mencontohi pendekatan JAS SAbah & JAS Pahang dalam pelaksanaan Jerayawara Promosi Sekolah Lestari
- HASN Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Kelantan pada 24-25 Okt 2025
- JAS Negeri dimohon untuk mengadakan Sambutan HASN Peringkat Negeri selepas 25 Okt 2025
- JAS Negeri perlu mengemukakan cadangan 2 usul bagi perbahasan debat pada tahun hadapan
- JAS Negeri mohon untuk laporkan kepada JAS HQ sekiranya pernah menyampaikan taklimat / ceramah ESG
- utk softcopy infografik atau video ... guna logo jata NRES-JAS
- Utk print goodies guna logo JAS
- logo 50yrs, asean n MALAYSIA MADANI kena letak di bawah infografik
- Laporan penuh hasil/output Mesyuarat CEPA 2025 akan dikemukakan dalam masa terdekat.