Penerangan
07-11 JULAI 2025, JOHOR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor terdiri daripada lima (5) Cawangan dan empat (4) Unit Penguatkuasaan telah menjalankan Ops Gempur Bil. 3/2025 bagi kawasan seliaan Unit JB Timur memfokuskan premis yang beroperasi di Daerah Johor Bahru.
Ops Gempur ini menumpukan kepada premis yang tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) seperti PPKAS (Efluen Perindustrian) 2009. Selain itu, pematuhan kepada PPKAS (Udara Bersih) 2014 dan PPKAS (Buangan Terjadual) 2005 juga disemak.
Sebanyak tujuh (7) buah premis disyorkan tawaran sebanyak 20 kompaun bagi pelbagai kesalahan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan lapan (?? premis dikenakan tindakan Notis Arahan dibawah Seksyen 31 dan 37, AKAS 1974.