Penerangan
23-27 JUN 2025, JOHOR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor terdiri daripada lima (5) Cawangan dan empat (4) Unit Penguatkuasaan telah menjalankan Ops Lembangan Bil. 3/2025 bagi kawasan seliaan Cawangan Kluang memfokuskan premis yang beroperasi di Daerah Kluang dan Daerah Simpang Renggam.
Ops Lembangan ini menumpukan kepada premis yang tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) seperti PPKAS (Efluen Perindustrian) 2009. Selain itu, pematuhan kepada PPKAS (Udara Bersih) 2014 dan PPKAS (Buangan Terjadual) 2005 juga disemak.
Sebanyak 16 premis disyorkan tawaran sebanyak 41 kompaun bagi pelbagai kesalahan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974, 17 premis dikenakan tindakan Notis Arahan dibawah Seksyen 31 dan 37, AKAS 1974 dan sebuah premis dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) dibawah Seksyen 38(1)(a), AKAS 1974 atas kesalahan serius bagi pengurusan efluen perindustrian.