PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PREMIS MINYAK KELAPA SAWIT MENTAH DIKENAKAN TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN DAN GANTUNG LESEN

nasir.ibrahim 28/07/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PREMIS MINYAK KELAPA SAWIT MENTAH DIKENAKAN TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN DAN GANTUNG LESEN
Tahun
2025
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
SEGAMAT

Penerangan

10 Julai 2025, Segamat: Sebuah premis minyak kelapa sawit mentah yang terletak di Mukim Sermin, Daerah Segamat telah dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar Cawangan Muar kerana didapati menjadi punca pencemaran Sungai Spang Loi di Daerah Segamat. Premis juga telah diberikan arahan melaksanakan kerja - kerja pembaikan dalam tempoh POK tersebut bagi mengelakkan kejadian pencemaran sungai daripada berulang. Premis turut dikenakan tindakan Gantung Lesen operasi premis mengikut peruntukan Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pelesenan) 1977. Kes disiasat di bawah Seksyen 16, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Jika disabitkan kesalahan, premis boleh didenda tidak kurang daripada dua puluh lima ribu ringgit dan tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan