Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- TAKLIMAT DAN MESYUARAT LAPORAN PENILAIAN KESAN ALAM SEKITAR (EIA) BAGI PROJEK 'RECLAMATION AND CONSTRUCTION OF PROPOSED COMMERCIAL MIXED DEVELOPMENT WITH FLOATING JETTY AND BREAKWATER AT THE WATERFRONT, KOTA KINABALU, SABAH
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- Jab. Perlindungan Alam Sekitar (JPAS)
- Lokasi
- Bilik Mesyuarat, Tingkat 4. JPAS
Penerangan
Tarikh: 02 Julai 2025 (Rabu)
Masa: 09.00 Pagi - 01.30 Petang
Tempat: Bilik Mesyuarat, Tingkat 4. JPAS
Anjuran : Jab. Perlindungan Alam Sekitar (JPAS)
Pengerusi: Pn. Daisy Aloysius
Pemangku Pengarah JPAS.
Kehadiran: Ketua/Wakil Jabatan Persekutuan & Kerajaan Negeri, DBKK, YS, Pemaju Projek & Perunding.
Kehadiran JAS Sabah: ppkt mp
Ringkasan Taklimat:
1. Tujuan taklimat/mesyuarat dijalankan adalah untuk membincangkan cadangan projek di atas untuk penentuan kelulusan laporan EIA pihak JPAS.
2. Juruperunding projek adalah North Borneo Environmental Services, pemaju Zillion Ventures S/B dan pemilik tanah pihak Yayasan Sabah.
3. Pembentangan projek telah disampaikan oleh Juruperunding NORBES. Beberapa Jabatan & DBKK telah memberi komen/ulasan.
4. Wakil Jabatan telah memberi komen berkenaan keperluan mematuhi peraturan PPKAS (BT), 2005, termasuklah aktiviti penyelenggaraan enjin kapal/barge yang digunakan untuk 'bore/drilling & piling' di perairan laut. JPAS juga memohon nasihat mengenai penggunaan PM 10 dan PM 2.5. Nasihat teknikal telah diberikan.
Dimaklumkan juga kumbahan projek ini akan disalurkan ke sistem kumbahan DBKK.
5. Laporan EIA ini adalah dibawah bidangkuasa JPAS dan diputuskan untuk memohon maklumat tambahan.