PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

SESI LIBAT URUS DAN PENYERAHAN LAPORAN BAGI PROJEK PEMETAAN BENCANA DAN RISIKO CERUN (PBRC) DI KAWASAN CECILY, SANDAKAN

tj 25/07/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI LIBAT URUS DAN PENYERAHAN LAPORAN BAGI PROJEK PEMETAAN BENCANA DAN RISIKO CERUN (PBRC) DI KAWASAN CECILY, SANDAKAN
Tahun
2025
Organisasi
Jabatan Mineral dan Geosains, Sabah
Lokasi
Livingstone Hotel, Sandakan

Penerangan

TARIKH : 24 Jun 2025 (Selasa) MASA : 0830 am - 1700 pm TEMPAT : Livingstone Hotel, Sandakan WAKIL JAS CAW. SANDAKAN : PKK EAR WAKIL AGENSI : Sesi libat urus ini dianjurkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains, Sabah dan dihadiri oleh beberapa agensi persekutuan dan negeri seperti Jabatan Kerja Raya Sabah, Jabatan Ukur dan Tanah Sabah, Angkatan Pertahanan Awam, Majlis Perbandaran Sandakan, NADMA, PDRM, BOMBA dan MET Malaysia PERKARA-PERKARA YANG INGIN DIMAKLUMKAN : Tujuan sesi libat urus ini diadakan adalah untuk membuat pemberitahuan bahawa projek PBRC ini telah ditambahbaik dengan memasukkan risiko bencana dan cerun bagi kawasan Cecily, Sandakan di bawah projek RMK-12. Sesi libat urus ini juga turut membentangkan risiko bencana tanah runtuh dan keruntuhan cerun berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan oleh pihak JMG selama 4 bulan di kawasan bandar lama Sandakan termasuk Cecily. Sesi ini juga turut memperkenalkan Early Warning System bagi bencana tanah yang boleh dijadikan sebagai amaran awal sekiranya terdapat pergerakan tanah atau perubahan cerun. Sesi FGD juga turut diadakan bersama agensi untuk mendapatkan input bagi penambahbaikan PBRC pada masa akan datang.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan