PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN LOKASI HOTSPOT OLEH JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SELANGOR DI HULU SELANGOR

normuhamad 25/07/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN LOKASI HOTSPOT OLEH JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SELANGOR DI HULU SELANGOR
Tahun
2025
Organisasi
JAS SELANGOR
Lokasi
HULU SELANGOR, SELANGOR

Penerangan

22 Julai 2025, Hulu Selangor - Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor Cawangan Gombak telah digerakkan bagi menjalankan siasatan dan pemantauan di lokasi hotspot sekitar kawasan pentadbiran Gombak, Selangor. Semakan mendapati bahawa lokasi hotspot terletak di dalam kawasan hutan yang tidak boleh diakses dengan kenderaan. Pemerhatian lanjut telah dilaksanakan dengan menggunakan dron dan didapati bahawa terdapat kesan kebakaran hutan dengan keluasan lebih kurang 5 ekar. Pemerhatian juga mendapati bahawa kawasan telah terpadam sepenuhnya dan tindakan lanjut akan diambil bersama Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) bagi carian pemilikan tanah tersebut.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan