Penerangan
7 Julai 2025, Semenyih – Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor Cawangan Kajang telah menggerakkan pasukan penguatkuasa bagi menyiasat kes pembakaran terbuka yang berlaku di Kawasan Perniagaan Cyber Square, Sungai Tangkas, Semenyih, Selangor.
Hasil siasatan mendapati terdapat aktiviti pembakaran sisa sampah yang berlaku di rizab jalan berhadapan premis. Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah turut berada dilokasi bagi menjalankan aktiviti pemadaman.
Notis larangan pembakaran terbuka di bawah Seksyen 29(A), Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 telah diletakkan di kawasan tersebut sebagai amaran agar tiada aktiviti pembakaran terbuka berlaku lagi.
Hentikan aktiviti pembakaran terbuka. Fenomena cuaca panas dan kering yang tidak menentu boleh menyumbang kepada peningkatan kes kebakaran dan seterusnya menyebabkan kemerosotan tahap kualiti udara setempat.