PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

PROGRAM UJICUBA PROSEDUR TETAP OPERASI (PTO) MENCEGAH KEBAKARAN TANAH GAMBUT BAGI MENGATASI JEREBU DI NEGERI SELANGOR

normuhamad 25/07/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM UJICUBA PROSEDUR TETAP OPERASI (PTO) MENCEGAH KEBAKARAN TANAH GAMBUT BAGI MENGATASI JEREBU DI NEGERI SELANGOR
Tahun
2025
Organisasi
JAS SELANGOR DAN JPNS (PERHUTANAN) SELANGOR
Lokasi
KUALA LANGAT, SELANGOR

Penerangan

14 Julai 2025, Kuala Langat - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah menganjurkan Program Ujicuba Prosedur Tetap Operasi (PTO) Melaksanakan Program Mencegah Kebakaran Tanah Gambut Bagi Mengatasi Jerebu di Negeri Selangor. Program telah diadakan di Balai Informasi Budaya Temuan, Pulau Kempas dan Hutan Simpan Kuala Langat Utara dan dirasmikan oleh Tuan Haji Wandi Yadzid Bin Haji Yaakob, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor. Program diadakan bertujuan untuk menyelaras peranan dan tanggungjawab agensi dalam menghadapi situasi kebakaran berskala besar di kawasan tanah gambut sepertimana yang digariskan dalam PTO. Sesi taklimat telah disampaikan oleh agensi utama iaitu JAS Negeri Selangor, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS), Jabatan Mineral dan Geosaisns (JMG), dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor (JBPM). Program telah disusuli dengan pengujian dan pengendalian infrastruktur kawalan pencegahan kebakaran tanah gambut seperti telaga tiub, piezometer, sekatan saliran dan menara tinjau di Hutan Simpan Kuala Langat Utara. Semoga program ini dapat mengukuhkan hubungan kerjasama dan mempersiapsiagakan agensi Persekutuan serta negeri dalam menghadapi sebarang situasi kebakaran di tanah gambut.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan