Penerangan
6 Julai 2025, Klang - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menerima jemputan daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk mengadakan Pameran Kesedaran Alam Sekitar bersempena dengan Program Kempen Bebas Plastik Negeri Selangor (Siri 2) di Laman Seni Safari, Klang, Selangor.
Program Kempen Bebas Plastik tersebut telah dirasmikan oleh YAB. Dato' Seri Haji Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor diiringi oleh YB. Puan Jamaliah Jamaluddin, Exco Kesihatan Awan dan Alam Sekitar dan turut disertai oleh wakil-wakil pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Kempen tersebut diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat di Negeri Selangor serta mempergiatkan usaha bagi menjayakan program pengurangan beg plastik ke arah sifar plastik menjelang tahun 2030.
Selain pameran, JAS Negeri Selangor turut menyediakan kemudahan pendaftaran Ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) secara atas talian kepada pengunjung yang hadir. Program Rakan Alam Sekitar (RAS) merupakan inisiatif JAS dalam meningkatkan kesedaran dan menggerakkan anggota masyarakat dalam aktiviti-aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.