Penerangan
15 Julai 2025, Shah Alam – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menerima jemputan daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Selangor bagi menyampaikan ceramah berkaitan isu penyeludupan e-waste dan kesan kepada ekonomi negara serta alam sekitar/ penguatkuasaan. Ceramah telah disampaikan oleh Tn. Mohd Faizul Hilmi Bin Zulkifli, Timbalan Pengarah (Operasi 1), JAS Negeri Selangor.
Seramai 60 orang kontinjen PDRM Negeri Selangor telah terlibat dalam sesi ceramah tersebut. Semoga perkongsian tersebut dapat mengukuhkan hubungan kerjasama antara JAS dan PDRM serta mempertingkatkan penguatkuasaan e-waste di negeri Selangor.