PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Kesedaran

BENGKEL e-SWIS & MyPREMIS SEMPENA HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA PERINGKAT W.P. LABUAN 2025

mansah 28/07/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
BENGKEL e-SWIS & MyPREMIS SEMPENA HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA PERINGKAT W.P. LABUAN 2025
Tahun
2025
Organisasi
KASLAW & JAS WP LABUAN
Lokasi
WP LABUAN

Penerangan

BENGKEL e-SWIS & MyPREMIS SEMPENA HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA PERINGKAT W.P. LABUAN 2025 5 JULAI 2025, W.P. LABUAN – Bersempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025, satu bengkel berimpak tinggi bertajuk “Bengkel e-SWIS dan MyPREMIS: Ke Arah Pengurusan Alam Sekitar Lebih Cekap” telah dianjurkan dengan jayanya oleh Kelab Alam Sekitar Jabatan Alam Sekitar W.P. Labuan (KASLAW) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar W.P. Labuan. Bengkel ini berlangsung di Palm Beach Resort & Spa, W.P. Labuan pada 5 Julai 2025. Seramai 70 orang peserta dari pelbagai latar belakang – termasuk pemain industri dari Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, dan Labuan – telah menyertai bengkel ini. Bengkel ini memberi fokus kepada pemantapan kefahaman serta peningkatan kemahiran peserta terhadap penggunaan sistem e-SWIS dan MyPREMIS melalui pendekatan pembelajaran secara hands-on. Inisiatif ini mampu memacu pematuhan yang lebih efektif terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Jabatan Alam Sekitar W.P. Labuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Diharapkan bengkel ini menjadi pemangkin kepada pengurusan alam sekitar yang lebih efisien dan lestari pada masa hadapan. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_Julai_2025

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan