Penerangan
14 -15 Julai 2025, Sungai Siput, Perak - JAS Negeri Pulau Pinang telah menjalankan lawatan kerja sambil belajar ke premis Kilang Sawit Topaz Emas Palm Oil Mill, Trong dan Cenergi Elphil Sdn Bhd 1.2 MW Biogas Power Plant, Sungai Siput.
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pegawai JAS Pulau Pinang mengenai teknologi terkini Palm Oil Mill Effluent (POME) dan Biogas Plant di kilang sawit secara menyeluruh. Lawatan ini juga memberi peluang kepada pegawai untuk bertukar pandangan dan mendapatkan maklumat terkini berkaitan teknologi serta amalan terbaik industri sawit.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaspulaupinang
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasppjulai2025