PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PENGUATKUASAAN DAN PEMERIKSAAN TERHADAP LOJI RAWATAN KUMBAHAN DI DAERAH SEBARANG PERAI UTARA

hashikin 23/07/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUATKUASAAN DAN PEMERIKSAAN TERHADAP LOJI RAWATAN KUMBAHAN DI DAERAH SEBARANG PERAI UTARA
Tahun
2025
Organisasi
Unit Penguatkuasaan SPU JAS Negeri Pulau Pinang
Lokasi
SEBARANG PERAI UTARA

Penerangan

1 Julai 2025 – Penguatkuasaan dan pemeriksaan ke atas Loji Rawatan Kumbahan telah dijalankan oleh Unit Penguatkuasaan SPU JAS Negeri Pulau Pinang pada 01 Julai 2025 di Daerah Seberang Perai Utara. Pemeriksaan ini bertujuan untuk memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Arahan di lapangan telah dikeluarkan kepada premis bagi memastikan pematuhan berterusan dilaksanakan oleh pihak premis dalam mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pemeriksaan insitu nilai pH telah dijalankan bagi pelepasan di takat pembuangan akhir. Pemantauan ke atas Loji Kumbahan akan dilaksanakan berterusan bagi memastikan kumbahan yang dilepaskan mematuhi standard pelepasan yang telah ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009. Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan jenayah alam sekitar dan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. #NRES #jabatanalamsekitar #jaspulaupinang #alamsekitartanggungjawabbersama #jasppjulai2025

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan