PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPS BERSEPADU BUNYI BISING MOTOSIKAL DAN PELEPASAN ASAP HITAM DARIPADA KENDERAAN PERDAGANGAN BERSAMA JABATAN SIASATAN TRAFIK, IBU PEJABAT POLIS DIRAJA MALAYSIA BUKIT AMAN.

hashikin 23/07/2025 6 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS BERSEPADU BUNYI BISING MOTOSIKAL DAN PELEPASAN ASAP HITAM DARIPADA KENDERAAN PERDAGANGAN BERSAMA JABATAN SIASATAN TRAFIK, IBU PEJABAT POLIS DIRAJA MALAYSIA BUKIT AMAN.
Tahun
2025
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang, Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Lokasi
Plaza Tol Sungai Dua Pulau Pinang

Penerangan

16 Julai 2025, PULAU PINANG - Unit Kenderaan Bermotor (UKB) Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah melaksanakan operasi bersepadu bunyi bising motosikal dan ops pelepasan asap hitam daripada kenderaan diesel bersama-sama dengan Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Agensi lain yang turut terlibat adalah Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Pulau Pinang. Operasi ini dijalankan di Plaza Tol Sungai Dua arah selatan yang melibatkan 14 orang pegawai dari JAS Pulau Pinang. Hasil pemeriksaan ke atas 35 buah motosikal, Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah menguji 11 motosikal di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling ( Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987 . Sebanyak satu (1) syor tawaran kompaun dan dua (2) Notis Arahan telah dikeluarkan kepada penunggang yang telah gagal mematuhi had pelepasan bunyi bising di bawah peraturan 4, Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling, (Bunyi Bising Kenderaan Motor), 1987. Manakala bagi ops pelepasan asap hitam daripada kenderaan diesel pula, sebanyak 33 buah telah diperiksa dan 11 buah daripadanya telah diuji meter di bawah Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling ( Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Susulan daripada itu, tiga(3) Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikeluarkan. Orang ramai diingatkan supaya sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan tidak mencemarkan alam sekitar. #NRES #jabatanalamsekitar #jaspulaupinang #alamsekitartanggungjawabbersama #jasppjulai2025

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan