PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

PROGRAM PENANAMAN ANAK BENIH KARANG, PEMBERSIHAN PANTAI DAN PENANAMAN POKOK MERAMBONG DI PULAU SONGSONG, YAN KEDAH SEMPENA HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2025

najmi 23/07/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PENANAMAN ANAK BENIH KARANG, PEMBERSIHAN PANTAI DAN PENANAMAN POKOK MERAMBONG DI PULAU SONGSONG, YAN KEDAH SEMPENA HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2025
Tahun
2025
Organisasi
INFINEON TECHNOLOGIES KULIM SDN BHD
Lokasi
PULAU SONGSONG

Penerangan

21 Jun 2025- Yan, Kedah Program "Coral Propagation" yang dianjurkan oleh Syarikat Infineon Technologies (Kulim) Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah, Pertubuhan Nur Salam Wilayah Utara dan Komuniti Bot Pulau Songsong telah berjaya diadakan di Pulau Songsong, Yan Kedah yang melibatkan penanaman anak benih karang (nubin), pembersihan pantai dan penanaman anak pokok merambong. Program dimeriahkan dengan kehadiran Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab, Pengarah JAS Kedah yang merasmikan program tersebut. Turut hadir menjayakan program tersebut adalah wakil-wakil agensi kerajaan seperti Jabatan Perikanan Negeri Kedah, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Majlis Daerah Yan dan pihak Bomba. Program yang disertai seramai 150 orang sukarelawan ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat untuk memberikan kesedaran kepentingan menjaga alam sekitar kepada para peserta melalui aktiviti penanaman anak benih karang yang membolehkan terumbu karang tersebut hidup dan membiak di kawasan berkenaan. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung ialah aktiviti kutip sampah di pesisir pantai dan penanaman pokok merambong di sekitar pulau berkenaan. Program yang dijalankan bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia ini dengan tema 'Beat Plastics Pollution' berjaya menanam 132 benih karang sebelum ditenggelamkan di kawasan tukun berdekatan. Sebanyak 50kg sampah berjaya dikutip oleh para peserta dan 30 anak pokok merambong ditanam di sekitar kawasan pulau berkenaan. Program ini sangat relevan dengan slogan JAS iaitu 'Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama' dan diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang. Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas kejayaan program yang telah diadakan pada hari ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan