Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SESI LIBAT URUS UNTUK DASAR WANITA KEDAH BERSAMA PEMEGANG-PEMEGANG TARUH
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- Pejabat Exco Wanita Negeri Kedah
- Lokasi
- Wisma Darul Aman
- Diskripsi
-
3 Julai 2025 - ALOR SETAR
Satu sesi libat urus bagi membangunkan dasar-dasar berkaitan wanita di Negeri Kedah telah diadakan di Wisma Darul Aman dan dianjurkan oleh Pejabat Exco Pembangunan Wanita Negeri Kedah pada 3 Julai 2025 bertempat di Wisma Darul Aman. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Hjh Halimaton Shaadiah binti Saad, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat Perpaduan Negeri Kedah.
Tujuan pembangunan dasar ini adalah bagi memastikan penglibatan wanita secara efektif dalam pelbagai aspek termasuk sebagai pembuat keputusan dapat dilaksanakan di Negeri Kedah dengan lancar.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah telah diwakili oleh Pengarah JAS Kedah, Puan Sharifah Zakiah Syed Sahab dan Puan Jasnita Abdul Rahman, Penolong Pegawai Tadbir JAS Kedah.