PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Bengkel

*SESI TAKLIMAT BERSAMA ASET-ASET PETRONAS ”PROGRESS TOWARDS MISSION ZERO POSSIBLE #MZP”*

najmi 23/07/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
*SESI TAKLIMAT BERSAMA ASET-ASET PETRONAS ”PROGRESS TOWARDS MISSION ZERO POSSIBLE #MZP”*
Tahun
2025
Organisasi
Petronas
Lokasi
Sg Petani
Diskripsi
16 Julai 2025 – Sungai Petani, Kedah Pada 16 Julai 2025, satu sesi taklimat bertajuk “Progress Towards Mission Zero Possible #MZP” telah dianjurkan di Sungai Petani, Kedah. Program ini bertujuan memperkukuh kesedaran serta komitmen PETRONAS dalam memastikan pematuhan terhadap undang-undang alam sekitar. Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah dijemput untuk berkongsi maklumat terkini mengenai pengurusan buangan terjadual dan penggunaan sistem eSWIS (Electronic Scheduled Waste Information System). Para peserta didedahkan dengan keperluan undang-undang, tatacara pengurusan buangan yang betul, serta pentingnya pelaporan secara sistematik menggunakan platform eSWIS bagi tujuan pemantauan dan pematuhan. Sesi taklimat juga menyediakan ruang soal jawab, membolehkan peserta mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan cabaran alam sekitar yang dihadapi di lapangan. Keseluruhannya, sesi ini berjaya meningkatkan kefahaman peserta serta mengukuhkan kerjasama strategik antara PETRONAS dan Jabatan Alam Sekitar dalam usaha mencapai pengurusan alam sekitar yang lebih mampan dan bertanggungjawab.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan