Penerangan
3 Julai 2025, Semenyih – Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor Cawangan Kajang telah digerakkan ke lokasi kebakaran kilang kitar semula di Kawasan Perindustrian Sungai Purun, Semenyih, Selangor pada 3 Julai 2025 jam 9.30 malam.
Hasil pemantauan mendapati bahawa kebakaran telah berlaku di stor kilang kitar semula. Operasi pemadaman masih dan sedang terus dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sehingga api berjaya dipadam dengan sepenuhnya. Semasa proses pemadaman, asap dapat dilihat telah bergerak menghala ke arah ruangan udara kawasan Nilai, Negeri Sembilan.
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tiga (3) stesen berhampiran iaitu Nilai, Putrajaya dan Cheras berada pada tahap sederhana. Pemantauan akan terus dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan secara berterusan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan dibawanya