W.P. LABUAN, 19 Julai 2025 - Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan (APM) menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT), memantau punca-punca pencemaran alam sekitar yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974. Rondaan dilaksanakan di kawasan Industri berat, sederhana dan kecil, Alur alir, Taman Perumahan, Kampung-Kampung dan Pantai.
Hasil pemantauan dan rondaan OMPT, terdapat dua (2) aktiviti pembakaran terbuka ditemui. Tindakan lanjut telah diambil oleh pegawai JAS. Kedua-dua aktiviti ini adalah aktiviti yang diisytiharkan bukan pembakaran terbuka sebagaimana yang ditakrifkan dalam Seksyen 29A, AKAS1974.
Pemantauan di kawasan industri di sekitar WPL turut dilakukan pada hujung minggu bagi mengesan potensi berlakunya pencemaran. Hasil dari rondaan dan pemantauan ini tiada kes-kes pencemaran atau aktiviti mencurigakan dikesan di kawasan tersebut.
Rondaan juga diteruskan ke kawasan pantai dan alur alir bagi mengesan jika terdapat kehadiran kesan-kesan pencemaran seperti Tar Ball, Oil Sheen dan lain-lain pencemaran. Hasil rondaan mendapati tiada kesan pencemaran dan aktiviti yang mencurigakan ditemui.
Kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, AKAS, 1974 dan sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada dua puluh lima ribu ringgit (RM25,000.00) dan tidak melebihi satu juta ringgit (RM 1 juta) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali dan denda tambahan tidak melebihi lima ribu ringgit (RM 5,000.00) bagi tiap-tiap hari kesalahan itu dilakukan selepas satu notis diserahkan atau boleh dikenakan kompaun dengan satu jumlah wang tidak melebihi lima puluh peratus (50%) daripada denda maksimum.
Orang ramai juga boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswplabuan
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaswplabuan_Julai_2025