PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Mesyuarat

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SARAWAK KE MAJLIS PERBANDARAN SIBU

charlie 21/07/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SARAWAK KE MAJLIS PERBANDARAN SIBU
Tahun
2025
Organisasi
JAS Sarawak
Lokasi
Sibu Sarawak

Penerangan

17 Julai 2025, SIBU - Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak, Tuan John anak Rampai telah mengadakan kunjungan hormat ke Majlis Perbandaran Sibu bertempat di Dewan Igan, Tingkat 24, Majlis Perbandaran Sibu. Kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk sesi perbincangan bersama Tuan Sait anak Enggang, Pemangku Setiausaha Perbandaran Majlis Perbandaran Sibu berkenaan cadangan mengadakan aktiviti Minggu OPS Gerak Kebangsaan Sempena Sambutan Hari Ozon Sedunia 2025. Kedua-dua pihak berharap agar kerjasama yang baik antara kedua-dua agensi dapat dijalinkan. Sesi kunjungan ini turut dihadiri oleh Ketua Cawangan JAS Sibu, Pn. Alice Dandun, Ketua Unit Kenderaan Bermotor, En. Kalana bin Drahman, wakil dari Unit Pegawasan dan Kesedaran Alam Sekitar, Pn. Nursarahanis binti Darewis & En. Mohd. Fauzi serta pegawai-pegawai dari Seksyen Kesihatan Majlis Perbandaran Sibu. #NRES #kementeriansumberaslidankelestarianalam #jabatanalamsekitar #jassarawak #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan