11 JULAI 2025, JALAN PERSISIRAN KLEBANG, MELAKA- Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menjalankan Ops Gerak Kebangsaan dengan kerjasama, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertempat di Jalan Persisiran Klebang, Melaka.
Operasi ini melibatkan seramai 7 anggota penguatkuasa JAS MELAKA yang telah menjalankan penguatkuasaan bagi pematuhan di bawah PPKAS (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987.
Sebanyak Lima Puluh (50) kenderaan telah diperiksa dan diuji. Daripada jumlah tersebut, sebanyak enam (6) kenderaan telah dikenakan tawaran kompaun dan enam (6) Notis Arahan bawah Seksyen 48A, AKAS telah dikeluarkan.
Orang ramai diminta untuk membantu Jabatan Alam Sekitar dengan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau email ke
[email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.
#KementerianSumberAslidanKelestarianAlam
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasnegerimelaka