Penerangan
12 Julai 2025, Seremban – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM telah menjalankan operasi bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Sekitar Senawang, Negeri Sembilan
Operasi bersepadu yang bermula pada jam 11.00 malam telah diketuai oleh (1) pegawai dan (6) anggota daripada PDRM, (3) pegawai dan (21) anggota daripada JPJ, (1) pegawai dan (12) anggota daripada MBS serta (1) pegawai dan (8) anggota daripada JAS.
Hasil pemeriksaan yang dijalankan, sejumlah (15) unit motosikal diuji daripada (270) unit motosikal yang disaring. Sebanyak (11) notis perakuan di bawah Peraturan 4, Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Bunyi Kenderaan Bermotor) 1987 dikeluarkan. Kolabrasi bersama pasukan sahabat akan diteruskan bagi menguatkuasakan undang-undang jalan raya.