Penerangan
10 Julai 2025, Seremban – Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) telah mengadakan pameran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puteri, Negeri Sembilan sempena Karnival Pendidikan SMK Puteri 2025 Peringkat Daerah. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pameran alam sekitar berkaitan pengurusan buangan terjadual, kesedaran kelestarian alam sekitar dengan menjawab soalan kuiz dan hebahan aktiviti berkaitan alam sekitar dengan membuka pendaftran Rakan Alam Sekitar (RAS).