Koleksi Gambar / Aktiviti
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPS BERSEPADU BERSAMA JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ), AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN (AADK) DAN JABATAN ALAM SEKITAR (JAS)
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- PDRM
- Lokasi
- JEMPOL
Penerangan
8 Julai 2025, Jempol - Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Jempol telah menjalankan operasi bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di KM 1 Jalan Bahau-Juasseh.
Operasi bersepadu yang bermula pada jam 0800 malam telah diketuai oleh (1) pegawai dan (6) anggota daripada BSPTD Jempol, (4) pegawai dan (21) anggota daripada JPJ, (1) pegawai dan (9) anggota daripada AADK serta (1) pegawai dan (11) anggota daripada JAS.
Hasil pemeriksaan yang dijalankan, sejumlah (35) saman atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan oleh pihak BSPTD Jempol, sejumlah (185) notis telah dikeluarkan oleh pihak JPJ dan (1) kompaun telah dikeluarkan oleh pihak JAS. Pihak AADK telah menyaring ujian air kencing sejumlah (18) orang dan (3) daripadanya didapati positif.
Pengguna jalan raya dinasihatkan agar patuh kepada peraturan lalu lintas agar kemalangan dapat dielakkan. Pihak BSPTD Jempol amat optimis dalam melaksanakan 'total enforcement' bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya serta mengambil tindakan ke atas pengguna jalan raya yang memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol. Kolabrasi bersama pasukan sahabat akan diteruskan bagi menguatkuasakan undang-undang jalan raya.
Gambar / Video Penuh
Muat turun memerlukan log masuk. Sila log masuk untuk mengakses fail penuh.