Penerangan
8 Julai 2025, Tampin - Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) dijemput pihak Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tampin untuk memberi taklimat Pengurusan Kem Lestari Madani Peringkat Negeri Sembilan 2025 berkaitan modul Alam Sekitar yang telah disampaikan oleh Penolong Jurutera (PJ) JASNS iaitu Puan Nursyadah binti Dzolkiple. Selain daripada itu, wakil JASNS yang hadir ke program ini juga dijemput untuk sebagai juri bagi aktiviti rekacipta menggunakan bahan kitar semula.
Tujuan modul Alam Sekitar ini disediakan adalah sebagai panduan kepada pihak PPD Negeri Sembilan untuk diaplikasikan dalam Kem Lestari Madani Peringkat Negeri Negeri Sembilan. Manakala aktiviti rekacipta ini dijalankan adalah untuk memupuk kesedaran dikalangan pelajar untuk meminimakan penghasilan sisa buangan pepejal dengan mencetuskan idea-idea rekacipta daripada bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Semoga jalinan kerjasama ini dapat mengeratkan ukhuwah antara jabatan dan program-program yang bakal berlangsung akan terlaksana dengan lancar.