PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

KEM LESTARI MADANI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025 ANJURAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH (PPD) TAMPIN (KUMPULAN SASARAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH)

nursyadah 21/07/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KEM LESTARI MADANI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025 ANJURAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH (PPD) TAMPIN (KUMPULAN SASARAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH)
Tahun
2025
Organisasi
PPD
Lokasi
TAMPIN

Penerangan

7 Julai 2025, Tampin - Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) dijemput pihak Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tampin untuk memberi taklimat Pengurusan Kem Lestari Madani Peringkat Negeri Sembilan 2025 berkaitan modul Alam Sekitar yang telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Kawalan (PPK) JASNS iaitu Puan J.Nisah binti Jalani. Selain daripada itu, wakil JASNS yang hadir ke program ini juga dijemput untuk sebagai juri bagi aktiviti rekacipta menggunakan bahan kitar semula. Tujuan modul Alam Sekitar ini disediakan adalah sebagai panduan kepada pihak PPD Negeri Sembilan untuk diaplikasikan dalam Kem Lestari Madani Peringkat Negeri Negeri Sembilan. Manakala aktiviti rekacipta ini dijalankan adalah untuk memupuk kesedaran dikalangan pelajar untuk meminimakan penghasilan sisa buangan pepejal dengan mencetuskan idea-idea rekacipta daripada bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Semoga jalinan kerjasama ini dapat mengeratkan ukhuwah antara jabatan dan program-program yang bakal berlangsung akan terlaksana dengan lancar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan