Penerangan
2 Julai 2025, Seremban - Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) dijemput pihak Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Daerah Seremban untuk menjadi juri aktiviti rekabentuk menggunakan bahan kitar semula iaitu salah satu sesi dalam Program Kem Lestari Madani Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025.
Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memupuk kesedaran dikalangan pelajar untuk meminimakan penghasilan sisa buangan pepejal dengan mencetuskan idea-idea rekacipta daripada bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Semoga jalinan kerjasama ini dapat mengeratkan ukhuwah antara jabatan dan program-program yang bakal berlangsung akan terlaksana dengan lancar.