Penerangan
26 Julai 2025, Tampin - Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Daerah Tampin dan Rakan Strategik Lak Macros Services Sdn Bhd menganjurkan Program Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik Isi Rumah (Household E-Waste) Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025.
Program bermula pada jam 9.30 pagi telah mendapat sambutan yang amat baik daripada masyarakat setempat.
JAS Negeri Sembilan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program berbentuk kesedaran alam sekitar dan menyokong usaha pelbagai pihak dalam menjalankan program pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.