PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

PROGRAM TAKLIMAT SEKOLAH LESTARI PULAU PINANG

hashikin 17/07/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM TAKLIMAT SEKOLAH LESTARI PULAU PINANG
Tahun
2025
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar JAS Pulau Pinang
Lokasi
SMK Datuk Haji Mohamad Nor Ahmad (SMKDHMNA)

Penerangan

GELUGOR, 26 JUN 2025 : Taklimat Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) bagi sekolah-sekolah di Pulau Pinang telah diadakan di SMK Datuk Haji Mohamad Nor Ahmad (SMKDHMNA) yang merupakan Johan Sekolah Lestari (Menengah) bagi negeri Pulau Pinang pada sesi lepas. Majlis taklimat ini dimulakan dengan ucapan aluan dari Encik Amran bin Othman, Pengetua SMK Datuk Haji Mohamad Nor Ahmad dan diteruskan dengan ucapan penghargaan dari Encik Norazizi bin Adinan, Pengarah JAS Pulau Pinang. Barisan penceramah jemputan iaitu Puan Faiizah Mohd Arshad dari JAS Pulau Pinang, Encik Chen Thean Hock dari Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Cikgu Ong Soon Yeong, penyelaras SLAAS bagi SJKC Pulau Betong- Johan Sekolah Lestari (Rendah) dan pelajar-pelajar dari SMKDHMNA telah menyampaikan taklimat, perkongsian pengalaman yang cukup menarik dan penuh informasi serta panduan berguna berkaitan program sekolah lestari kepada para peserta yang hadir. Taklimat berkaitan pengurusan ewaste turut disampaikan oleh wakil dari Bigwise Resources Sdn. Bhd, Encik Stephen a/l Raja. SMKDHMNA melalui Cikgu Law Yee Chen yang juga bertindak sebagai mentor turut berkongsi ilmu berkaitan vermikompos kepada para peserta secara hands on. Majlis diakhiri dengan penyampaian insentif oleh Bigwise Resources Sdn. Bhd. kepada 10 sekolah terawal mendaftar sistem SLAAS sebagai galakan untuk sekolah-sekolah yang menyertai. JAS Pulau Pinang mengucapkan ribuan terima kasih kepada SMKDHMNA dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. #NRES #jabatanalamsekitar #jaspulaupinang #alamsekitartanggungjawabbersama #jasppjun2025