PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

PROGRAM MANGROVE MANIA SEMPENA HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2025

hashikin 21/07/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM MANGROVE MANIA SEMPENA HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2025
Tahun
2025
Organisasi
UiTMCPP Kampus Bertam, Persatuan Environmental Health Students Association (EHSAN) dan JAS Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang, MSM Prai Berhad dan MM Century Sdn. Bhd.
Lokasi
NIBONG TEBAL

Penerangan

PROGRAM MANGROVE MANIA SEMPENA HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2025 NIBONG TEBAL, 24 MEI 2025: Program ‘Mangrove Mania’ bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2025 anjuran UiTMCPP Kampus Bertam yang dikendalikan oleh Persatuan Environmental Health Students Association (EHSAN) dan JAS Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang, MSM Prai Berhad dan MM Century Sdn. Bhd. telah menyaksikan sebanyak 300 pokok bakau telah ditanam. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Norazizi bin Adinan, Pengarah JAS Pulau Pinang dan turut diserikan dengan kehadiran Ts. Dr. Mohammad Azhar bin Mohd Noor, Timbalan Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang, Encik Cheah Poh Lyle, Ketua Operasi MSM Prai, Puan Siti Rabiatul Adawiyah binti Fauzi, Penolong Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang dan Puan Chandra Suria, Pengurus Pembangunan Perniagaan MM Century Sdn Bhd. Program bertemakan ‘Rooted in Ehsan, Growing For Tomorrow’ yang berlansung di Pusat Penyelidikan Kecil Hutan Paya Laut telah disertai lebih kurang 100 orang peserta yang kebanyakkannya adalah pelajar dalam jurusan Sains Persekitaran, UiTMCPP Kampus Bertam. Aktiviti penanaman pokok ini adalah sebagai salah satu simbol kehidupan dan kelestarian di mana pendedahan kepada usaha pemeliharaan alam sekitar ini perlu dipupuk dalam generasi muda yang akan menjadi pemimpin pada masa akan datang. JAS Pulau Pinang merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini dan diharapkan usaha pemeliharaan alam sekitar akan lebih giat dijalankan demi kesejahteraan generasi akan datang. #NRES #jabatanalamsekitar #jaspulaupinang #alamsekitartangggungjawabbersama #jasppmei2025

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan