PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

Aktiviti Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) Bersempena Program Jelajah Kelestarian 2.0

hashikin 21/07/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Aktiviti Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) Bersempena Program Jelajah Kelestarian 2.0
Tahun
2025
Organisasi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Lokasi
Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang

Penerangan

Aktiviti Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) Bersempena Program Jelajah Kelestarian 2.0 GEORGETOWN, 29 MEI 2025: JAS Pulau Pinang turut terlibat menjayakan Aktiviti KUDAH bersempena Program Jelajah Kelestarian 2.0 anjuran Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) di Tasik Harapan, USM Pulau Pinang. Aktiviti ini telah mendapat kerjasama dan komitmen yang cukup baik dari pihak Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang dan MSM Prai Berhad yang juga merupakan rakan alam sekitar. Aktiviti KUDAH ini turut disertai oleh pelajar - pelajar dari USM Pulau Pinang. Aktiviti KUDAH dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Encik Ahmad Rizal Khalit, Timbalan Setiausaha Bahagian Pengurusan Alam Sekitar, NRES dan diteruskan dengan sesi senamrobik. Aktiviti penanaman pokok pinang sumbangan dari Jabatan Perhutanan Pulau Pinang turut diadakan sebelum peserta dilepaskan untuk aktiviti pembersihan di kawasan sekitar tasik. JAS Pulau Pinang merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu menjayakan aktiviti KUDAH ini. Semoga alam sekitar kita terus terpelihara. #NRES #jabatanalamsekitar #jaspulaupinang #alamsekitartanggungjawabbersama #jasppmei2025

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan