PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

Inisiatif Pembersihan Sungai

hashikin 17/07/2025 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Inisiatif Pembersihan Sungai
Tahun
2025
Organisasi
Anjuran MSM Prai Berhad dan USM Pulau Pinang
Lokasi
Sungai Perai

Penerangan

JAS Pulau Pinang menyertai Inisiatif Pembersihan Sungai: Usaha Bersama ke Arah Sungai Perai yang Lebih Bersih anjuran MSM Prai Berhad dan USM Pulau Pinang. Pada 24 Jun 2025, JAS Pulau Pinang menyertai program kesedaran alam sekitar anjuran MSM Prai Berhad dan USM yang turut melibatkan AADK, ThinkCity, CEMACS dan rakan-rakan strategik lain dengan berganding bahu dalam satu program pembersihan Sungai Perai. Inisiatif ini memberi tumpuan kepada pemeliharaan alam sekitar dan turut melibatkan penyertaan klien di bawah Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) AADK, Daerah Seberang Perai Tengah — selaras dengan matlamat untuk memupuk kesedaran serta penglibatan komuniti. Sebanyak 137.62kg sisa buangan telah berjaya dikumpul, termasuk polisterin, botol plastik, bekas makanan, kasut, selipar dan pelbagai bahan buangan lain. Jumlah ini menunjukkan isu pencemaran plastik yang masih berleluasa di kawasan sungai dan perlunya kesedaran serta kerjasama semua pihak dalam memastikan sungai kita sentiasa bersih dan terpelihara. Setinggi penghargaan & tahniah kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat dalam usaha pemeliharaan alam sekitar di negeri ini. #NRES #jabatanalamsekitar #jaspulaupinang #alamsekitartanggungjawabbersama #jasppjun2025

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan