PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Mesyuarat

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI TERENGGANU KEPADA PENGARAH JPJ NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN

maisarah 15/07/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI TERENGGANU KEPADA PENGARAH JPJ NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN
Tahun
2025
Organisasi
JABATAN ALAM SEKITAR
Lokasi
JABATAN PENGANGKUTAN JALAN NEGERI TERENGGANU

Penerangan

Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah membuat kunjungan hormat kepada Tuan Mohd Zamri Bin Samion, Pengarah JPJ Negeri Terengganu Darul Iman. Turut hadir dalam sesi ini adalah pegawai- pegawai kanan kedua-dua agensi. ? Kunjungan hormat ini bertujuan mengukuhkan hubungan strategik antara JAS dan JPJ. Antara lain perbincangan memfokuskan kepada pendekatan kolaboratif dalam operasi secara lebih efektif dan berimpak besar kepada aspek keselamatan dan kelestarian alam sekitar. ?Sesi pertemuan ini berlangsung dalam suasana penuh profesionalisme dan mesra. Kedua-agensi juga bersetuju pada dasar utk mengadakan bengkel bagi merangka bentuk kerjasama dan memantapkan gerak kerja dalam penguatkuasaan bersepadu ke atas pencemaran udara dan bunyi dari kenderaan. Sesi ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara JAS dan JPJ Terengganu, malah menjadi titik tolak kepada usaha bersepadu dalam menangani isu pencemaran asap dan bunyi kenderaan untuk memastikan pematuhan sepenuhnya kepada perundangan sediada yang dikuatkuasakan oleh kedua-dua agensi ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan